Terjaga

Alnewhami / November 16, 2017, 11:11:17 am

Diari 3 Mac 2015 (SPM Result)

Bermimpi itu mudah.

Mengotakan mimpi itu yang payah.

 

Alhamdulillah.. this day finally passes by… and the dream that I expected was just consider a dream.

Selama ini, senang je nak capai target. Just easy until I take this ‘one’ as easy as the others. But, this morning, it wake me up through the dreams that I dreamt of.

Shocked. Confused. Depressed.

 

But, the puzzle started to form a picture. There are 2 things that I realize about dreams… ONE, the dreams that are just worth nothing without effort (Beranganlah senang cerita) where sometimes it can be logic and sometimes it may not be. But its remain untrue in the head of the beholder. Its just a situation where that person make it up in their minds and remain there.

SECOND, the dreams that followed by continuos effort and you know that you can bring it to reality with God willing.

 

Mimpi dan impian biar dapat beza yang mana mampu bawa dan yg mana sekadar angan-angan kosong. Ramai yang berjaya melepasi halangan ni.. tapi, lagi ramai yang lebih terpedaya dengan mimpi yang pertama. Kita fikir, dengan apa yang kita azamkan, angan-angankan, kita mampu memiliki angan-angan tersebut tanpa diiringi dengan usaha .

 

Kita juga sering lupa yang keluarkan angan-angan itu daripada fikiran dan jadikannya kenyataan hanyalah Allah.. dan ia takkan terjadi dengan petikan jari. Satu tindakan mesti diatur seiring dengan impian yang kita inginkan.

 

Pada masa yang sama, kita juga sering mengambil mudah dengan rahmat dan kasih sayang Allah sehingga usaha ke arah mimpi itu kurang dititikberatkan serta sedikit pengorbanan.

 

“Ye lah, Allah kan Maha Pemurah?”

 

Pemurahnya Allah tidak bermakna ianya percuma. Sesungguhnya, segala sifat Allah itu adalah untuk membawa hamba-hambanya lebih dekat dengan-Nya. Maka, jika Allah mengabulkan sesuatu permintaan tanpa melihat kepada usaha si peminta, akan lahirlah lebih ramai peminta-peminta yang tidak bersyukur dan malas yang pada hakikatnya memang telah disebutkan dalam al-Quran sifat manusia yang begini :

 

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (QS. Saba’: 13)

 

Oleh dengan itu, dengan cara usaha dan ijtihad lah Allah ingin membawa para hamba dan peminta-Nya merasai nikmat berusaha yang mendorong suatu natijah yang baik daripada Allah (kejayaan) seterusnya membawa mereka tergolong dalam golongan yang bersyukur.

 

FirmanNya lagi

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرً

3. “Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (at-Thalaq : 3)

 

Melalui ayat ini, kita dapat ketahui bahawa Pemurahnya Allah dalam memberi rezeki. Namun, harus disertakan dengan satu sifat tambahan iaitu tawakal dan usaha. Sedarkanlah diri sendiri agar terjaga dari lamunan mimpi yang tidak disulami usaha. Kerana hidup terlalu singkat untuk bercucuk tanam sesuatu yang tidak akan tumbuh.