Tentang Kami

LANGIT ILAHI ialah sebuah website yang diasaskan oleh Hilal Asyraf. Bermula pada pertengahan Jun 2007, Hilal Asyraf dengan bantuan sahabatnya, Ihsan Berahim, membangunkan sebuah blog bernama Langit Ilahi. Bermula saat itu, Langit Ilahi telah berkembang dan bergerak secara berkumpulan bermula 2011. Penggerak-penggerak Langit Ilahi bertukar ganti, berdasarkan kelapangan masa dan kemampuan penggeraknya. Pada 2013, Langit Ilahi mula menceburkan diri dalam bidang penganjuran program, dan semenjak itu konsisten menganjurkan seminar setiap tahun. Bermula 2017, Langit Ilahi mula membina kembali website baru, dengan harapan untuk memberikan fokus yang tinggi kepada pengasahan bakat belia dalam bidang penulisan, juga menjadi medium pembacaan alternatif bagi masyarakat.