SEMENTARA ATAU BERTERUSAN

Al Fateh / November 22, 2017, 18:11:50 pm

 

 

Jam menunjukkan 4.30 petang menandakan akhirnya musim peperiksaan semester 4. Aku bersyukur kerana ketakutan untuk menghadapi ujian bertulis pada semester ini telah tamat. Namun, aku terdiam sejenak memikirkan sesuatu sedangkan sahabat aku yang lain meraikan, kenapa aku perlu takut pada peperiksaan?

Ada pendapat sahabat aku, dia takut jika dia tidak dapat jawab exam dalam dewan peperiksaan nanti, dan akan memperolehi result yang teruk, natijahnya dia dibuang oleh kolej. Oleh itu, mereka sanggup study pada saat-saat akhir sehingga tidak tidur semalaman. Untuk apa? Apa yang mereka nak capai?

Aku pun tertanya tanya, kerana niat manusia aku tidak boleh terjemahkan, bukan tahap kudrat manusia. Aku serahkan penilaian ini pada yang Maha Mengetahui.

Aku mengkaji apa sebenarnya perasaan takut yang mengembleng jiwa ini setiap kali menghadapi musim peperiksaan. Ketakutan ini seperti mimpi ngeri sehingga makan pon tiada selera, serta tidur aku tidak tenang selagi aku tidak bersedia untuk memasuki dewan peperiksaan nanti. Aku mencari dan menyelusuri perasaan ini, kenapa perasaan ini hadir?

Akhirnya aku temui satu jawapan yang menenangkan hati dan akal aku daripada memikirkan lebih dalam sehingga tiada dasarnya. Ketakutan yang aku alami ini adalah satu perasaan adakah aku mampu beramal dengan apa yang aku pelajari atau aku ini hanya belajar untuk mengisi tempat kosong dalam soalan peperiksaan, mampukah aku beramal dengan apa yang aku pelajari?

Seterusnya, aku sedar ini jawapan yang aku cari-cari sejak aku di alam persekolahan. Namun di alam universiti ini, beribu persoalan yang terkumpul kini terlerai jua.

Di sini, aku ingin menyeru pada para penuntut ilmu janganlah berhenti di saat minit terakhir peperiksaan, namun, biar ilmu itu sentiasa dimanfaatkan serta beramal. Kehidupan di dunia ini adalah ladang supaya hasil itu kita dapat menuainya di destinasi yang terakhir.

Semoga kita berterusan untuk mengamalkan ilmu dan menjadikan ia bermanfaat dalam kehidupan sendiri dan masyarakat sekeliling.

Ilmu merupakan teras ibadah, tanpa pengetahuan bagaimana sesuatu ibadah itu hendak tercapai.

Setelah lega memikirkan tentang perasaan ini, jiwa aku semakin tenang. Kemudian, akal aku diajukan dengan sesuatu pertanyaan, sampai bila? Dan bila aku harus berhenti untuk belajar? Sampai bila aku perlu untuk bertahan?

 

Aku berlegar-legar mencari jawapan ketika waktu aku berehat, namun, persoalan aku makin bertambah. Apa maksud sebenar rehat aku? Definisi konsep yang dalam konteks “rehat” dalam kehidupan aku?

Jawapannya tiada rehat untuk aku. Rehat aku hanya di akhirat sana. Belajar sehingga liang lahad, lalu aku mempelajari tiga prinsip ini.

 

Berjihad untuk belajar ilmu

Berjihad untuk beramal dengan ilmu

Berjihad untuk menyampaikan ilmu.

 

Ini hanya sekadar luahan perasaan dan pemberontakan minda terhadap sesuatu isu yang aku sering mempersoalkan. Jika bermanfaat dalam artikel ini, dengan rasa syukurnya, moga dipanjang-panjangkan. Jika berkurangan mohon diteguri dan dinasihati. Wallahualam.