keperluan vs kemahuan

Syamimi / October 19, 2017, 01:10:50 am

“Kau rasa buku ni sesuai tak untuk adik aku? Dia baru lepas PT3 dan aku rasa perlu dedahkan dia dengan cinta ni.”

Kata Sayyid sambil menunjukkan buku best seller yang bertajuk, Diary Cinta Muslimah.

“Kau tak rasa ke buku tu girlish sangat?”

Sayyid memandang dengan senyuman sinis kepadaku.

“Adik aku memang perempuan pun Fiza.”

Sayyid dan Fiza gelak berdua.

“Takde lah maksud aku,  Apa kata kau bagi adik kau baca buku Ustaz Pahrol, tajuk Siapa Dia Di Hatiku? Come on dude! You are better than me in this.”

Dahi Sayyid berkerut dalam senyuman tawarnya.

“Kau tak rasa buku tu tinggi sangat?

Mata Fiza memandang ke atas sambil jari telunjuknya bermain di bawah dagunya.

“Hmmm. Dulu aku baca buku tu waktu aku form 3, tapi baru sekarang aku faham apa makna yang Ustaz Pahrol nak sampaikan tu.”

 

“Sebab tu Fiza aku selalu fikir, kita ni membaca dengan kemahuan atau membaca dengan keperluan? Bagi kau macam mana pulak?”

Saat soalan itu diajukan, minda seolah baru berfikir. Tiada jawapan yang mampu diberi. Mengingat kembali segala buku-buku yang telah dibaca.

“Aku baca apa yang aku mahu atau aku baca apa yang perlu aku baca?” Bisik hati Fiza.

Waktu terus berjalan seiring pertambahan umur. Dan pelbagai perkara yang sudah dilalui. Baru kini dapat ku fahami makna tiap kalimah dari buku yang lalu.

Sayyid melambaikan tangannya di hadapan pandangan Fiza yang sangat khusyuk berfikir.

“Wei! Jauhnya termenung.”

 

Fiza terkejut. Hanyut sungguh dia dalam berfikir soalan Sayyid tadi.

“Aku fikir jawapan soalan kau tadi lah.”

 

“Haa nanti ingatkan aku explain. Aku tertarik pasal kau cerita kau tak faham baca buku tu waktu form 3 dan kau baru faham sekarang semua tu.”

Fiza mula tertarik mahu mendengar perkongsian Sayyid. Memang study group mereka selalu diselitkan dengan percambahan idea masing-masing.

 

“Aku rasa perlu untuk baca bahan bacaan yang melebihi tahap intelektual dan kefahaman kita. Sebab utama adalah untuk didik minda kita ni supaya sentiasa nampak perkara yang beyond our imagination and keadaan kita sekarang. Lagi-lagi kita mahasiswa ni. Sampai bila nak baca novel cinta atau buku-buku motivasi? Tak kan tak nak cuba baca buku pasal ekonomi ke? Buku yang menentang sesuatu ke?”

 

“Aku rasa boleh kaitkan dengan konsep tekanan.”

Dahi Sayyid berkerut seolah cuba mencari kaitan antara keduanya.

 

“Kalau kita makin ke bawah, kan makin banyak tekanan. Bila makin tinggi tekanan, kita makin sesak dan mungkin jugak tak boleh bernafas. Exam pun macam tu jugak. Makin kita mendalami sesuatu topik makin susah sampai kadang otak jadi macam nak gila. Sebab tu perlunya …..”

Belum sempat Fiza menghabiskan ayatnya, Sayyid pantas menyambung.

“Perlunya bahan bacaan yang melebihi intelektual sebab bila kita dah biasa dengan tekanan yang tinggi di permukaan yang rata, kita akan tahu cara nak aplikasikan apa yang kita dah dapat atau belajar bila kita berada pada tekanan tinggi di tempat yang paling dalam. Dan ……”

Fiza pula mencelah kali ini dengan wajah yang beriak bangga. Sayyid hanya menjeling. Sudah faham benar dengan gurauan mimik muka Fiza itu.

Dan macam tu jugak lah kehidupan kita ni. Tak kan nak tunggu ada anak baru nak baca pasal psikologi kanak-kanak kan? Boleh baca bila dah ada anak atau nak dekat dapat anak, tapi dalam masa persediaan yang singkat.”

 

“Betul betul dan betul sekali. Macam kau laa Fiza. Baca buku lama dah tapi baru sekarang kau faham berdasarkan bahan bacaan lain dan pengalaman kau sendiri. So dekat situ kau dah dapat satu dimensi kefahaman yang jelas. Sebab tu jugak penting study awal bukan last minute. Boleh study last minute tapi apa dalam buku je lah kau dapat faham. Bila nak kaitkan dengan kehidupan atau situasi kau tak boleh nak aplikasi. Time tu kau kene double check kau belajar ke kau photostat?

 

Fiza dan Sayyid sudah gelak terbahak-bahak.

 

“Aku nampak dah sekarang. Tapi apa pula kaitan dengan kau cakap awal-awal tadi? Yang baca dengan keperluan dan baca dengan kemahuan?”

Sayyid pula membuat muka poyo abad akhir ini. Fiza menjulingkan matanya.

“Maksudnya macam ni. Aku tanya kau. Kalau seseorang atau ada golongan yang anti Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender (LGBT) dan dia nak menentang LGBT ni supaya dihapuskan, apakah bahan bacaan dia atau perkara apa yang dia akan baca?”

Fiza cuba untuk memikirkan jawapan yang sepatutnya.

“Hmmmm. Secara adatnya, musuh akan cari titik kelemahan lawannya. So, aku rasa golongan yang anti LGBT ni akan baca tentang keburukan LGBT atau kegagalan LGBT atau apa sahaja yang mendatangkan kelemahan kepada LGBT. Maka …………”

Mata Fiza bersinar bagai bintang. Dia sangat teruja akan apa yang dia dapat kaitkan.

“Wow! Aku dah nampak wei! Mind blowing laa kau ni! Maka kaitannya adalah, golongan anti LGBT ini membaca apa yang mereka mahu bukan apa yang perlu. Sebab tu sampai sekarang tak ada penyelesaian. Betul tak beb?”

 

Sayyid membuat aksi James Bond setelah berjaya menembak melepasi targetnya. Fiza mencebik.

“Pandai betul kawan aku sorang ni. Betul! Sebab tu mereka ni tak pernah berhenti bergaduh. Masing-masing nak tegakkan prinsip dan kebenaran masing-masing kononnya. Kita sebagai orang yang tidak menyokong LGBT ni sepatutnya harus mencari solusi atau mengambil inisiatif untuk mendamaikan keduanya untuk mencapai kata sepakat. Bagi mereka kefahaman yang jelas dengan berikan perbandingan ke kajian ke atau apa-apa yang boleh mereka berfikir kembali. In Shaa Allah, mana tahu dengan cara yang lebih berhikmah tiada LGBT pun kat Malaysia ni khususnya. The way we action today will indicate the future. Haa sampai jadi mat salleh celup aku hari ni.”

Fiza mengeluh dalam ketawa kecilnya.

“Dunia sekarang kan, semua nak menang. Semua kata dia betul. Dia seorang sahaja lah yang benar, orang lain dituduh sesat. Isu khilaf pun sampai sekarang tak selesai lagi.”

Sayyid menundukkan wajahnya seolah kesal dengan keadaan dunia sekarang.

“Betul. Sebab tu murabbi aku pernah cakap yang kebenaran di dunia sekarang ini bagai kelabunya warna asap. Kelam! Isu kini sepatutnya bukan bicara siapa betul siapa salah, siapa lurus siapa sesat. Tapi, perlunya ke arah satu langkah di mana kita mencari jalan tengah dan solusi untuk sesuatu isu. Dan manusia kini melupakan nilai kasih sayang sesama manusia.”

 

Tanpa Fiza sedar air matanya mengalir. Perlahan jari jemarinya menyapu air mata di pipinya. Kepekaannya terhadap isu ini membuatkan jiwa perempuannya mudah terusik melihat dunia sekarang lagi-lagi generasi kini yang semakin pupus dari nilai kemanusiaan apatah lagi nilai agama masing-masing. Semua bagai dirasuk syaitan durjana. Bersilih ganti kerosakan dan kehancuran yang dilakukan oleh manusia. Benarlah firman Allah,

 

(ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ)

[Surat Ar-Rum 41]

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

 

“Betul wei. Macam orang suka marah drug addict, suka kutuk mereka, dan suka pulaukan mereka. Aku bukan back up drug addict, tapi pernah tak mereka yang mengutuk, marah dan memulaukan mereka itu be in their shoes just for a second? Aku rasa tiada siapa mampu. Kalau drug addict dari kecik memang amik dadah lah yang boleh buat dia tenang? Dia tahu yang dadah je hiburan yang boleh release stress dia? Kalau dah macam ni salah siapa? Agamawan?”

 

Sayyid mengeluh.

“Maka kat situ, kita berdua dah nampak bahawa membaca juga perlu mengikut keperluan bukan sekadar kemahuan. Sebab bagi aku membaca ini terlaku banyak effect yang seseorang boleh dapat. Ia membentuk satu gaya pemikiran dan bakal merubah satu gaya hidup serta tindakan seseorang. Kata pujangga, we are what we read. Cehwah.”

Kedua mereka ketawa.

 

Sayup kedengaran azan asar berkumandang dari Masjid Universiti mereka.

“Dah jom solat! Nanti sambung lagi study kita yang tergendala lagi tadi. Haaaa satu lagi, nanti jangan lupa solat sunat istikharah. Ingat pesan murabbi kita.

Pergerakan Sayyid memasukkan buku-buku ke dalam begnya terhenti. Sayu matanya memandang Fiza.

“Fiza, kan aku dah cakap. Kau dan aku kawan je. Tak lebih dari itu. Kau kene ingat cinta tak semestinya memiliki Fiza.”

Sayyid menundukkan wajahnya.

Mata Fiza kini bulat memandang Sayyid sambil tangannya bergerak bagai ingin membaling buku kepada Sayyid. Sayyid gelak tanpa henti. Dari dulu sampai sekarang memang dia suka untuk bergurau dengan Fiza. Kerana baginya Fiza bukan orang yang mudah ambil serius dengan gurauan.

“Dua tiga kucing jalan di tepi pantai, jangan sampai penampar aku ni sampai.”

Sayyid gelak lagi kuat.

“Siap berpantun. Hahaha. Ya, aku ingat. Solat istikahrah memohon Hidayah dan TaufiqNya supaya kehidupan ini berada pada jalan yang diredhaiNya. Supaya kita tak tersalah tafsir dan tersalah kepercayaan terhadap apa-apa pun dalam hidup kita. Aku ingat lah pesan Ustaz Firdaus. Baik Ostajah Fiza.”

Masing-masing berjalan membawa haluan masing-masing sambil otak masih mencerna diskusi tadi.

 

 

“Ya Tuhan, sungguh indah melihat dunia ini penuh dengan manusia yang berfikir berpandukan wahyuMu dan kasih sayangMu.”

Desis hati mereka berdua.