Cerpen: Kehilangan Yang Membangkitkan

Balqis Sanusi / January 18, 2018, 11:01:50 am

‘Abah, kalau Fiya tahu umur abah tak panjang, mesti Fiya buat yang terbaik semasa hayat abah. Mesti Fiya akan selalu happy kan abah.

Mesti Fiya tak kan buat abah sedih sikit pun! Mesti Fiya….’ Luahan hati dia terhenti, air mata tak tertahankan lagi.

‘Arghh! ‘Mesti’ yang dah terlambat aku ungkapkan! Aku dah terlepas semua peluang yang Allah pernah bagi kat aku dulu masa abah masih ada kat sini!’ Sekali lagi dia bercakap dengan diri, tapi kali kedua itu perasaan amarah pada dirinya sendiri.

Dia menumbuk meja berulang kali, melepaskan amarah dia disitu.

“Ya Allah, apa aku dah buat ni? Abah dah tak ada, aku tak sempat bahagiakan abah ya Allah…” Gugur air mata Fiya untuk kesekian kali.

Dia menekup muka dengan tangan. Rambut dan dirinya dah tak terurus. Seminggu dia berkurung dalam bilik selepas pemergian abah. Seminggu itu jugalah dia menangis dan menangis.

Sufiya Insyirah, bukanlah gadis yang tak tahu soal ajal maut itu ketentuan yang harus diterima denga hati redha. Dia bukan tak belajar agama.

Tapi hal itu dia jadi tewas sebab dia merasakan dirinya punca abah meninggal dunia.

Walau dah berkali-kali mama memujuk dia jangan salahkan diri, namun tak berhasil. Dia tetap begitu. Mama berikan ruang untuk Sufiya bersendiri.

Tapi hati seorang ibu mana tak risau kalau setiap hari kedengaran Sufiya menangis dan menjerit dalam bilik.

“Fiya, bukalah pintu ni sayang. Fiya dah seminggu berkurung dalam bilik. Mama tak sanggup tengok Fiya macam ni.

Bukalah pintu ni. Kesiankanlah mama. Bukan Fiya je sedih, mama juga sedih sayang. Please Fiya, kasihankan mama.. Mama merayu sangat.”

Begitulah setiap hari. Mama tak berputus asa pujuk Fiya.

 

*****

Kalau dah namanya anak bongsu, mestilah anak yang paling manja dalam keluarga. Tambah pula kalau anak perempuan, memang double manjalah jadinya. Mungkin tak semua orang begitu. Namun berbeza dengan Fiya.

Fiya, sangat dimanjakan dalam keluarga. Lebih-lebih lagi abah, apa aje Fiya nak, abah turutkan. Apa saja rajuk Fiya, abah pujuk. Apa saja minat Fiya, abah lah orang pertama akan sokong.

Menginjak usia remaja, Fiya dah jauh dari abah. Fiya di kota raya dan abah di kampung. Disebabkan terlalu sayang kepada Fiya, setiap minggu abah akan turun KL untuk jenguk Fiya.

“Abah, apa abah buat ni? Takkan sayangkan Fiya sampai buat keputusan ni?” Soal Along selepas abah putuskan satu keputusan.

“Lah.. salah ke abah buat semua ni sebab sayangkan Fiya? Along, dia adik bongsu kamu, abah nak terbaik untuk dia.  Ini tanda sayang abah kat Fiya. Abah nak dia terjaga selalu. Abah risau sejak Fiya dah duk KL tu.”

“Ya abah, memang lah tak salah. Tapi kalau abah dan mama duk sana, siapa nak jaga rumah abah kat kampung?”

“Oh yang tu along tak payah risau. Abah dah setelkan. Cuma abah nak minta tolong itu jelah, tolong ayah hujung minggu ni nak pindah rumah kat KL.”

“Em, okay abah. Along tak kerja hujung minggu ni, insyaAllah along boleh tolong. Haa, angah dah tahu ke pasal ni?”

“Angah dah tahu. Semalam dia balik sini sekejap. Dia datang semalam sebab hari ni kerja katanya.”

“Apa kata angah, abah?” Tanya along sambil hirup teh panas di anjung rumah.

“Macam kamu jugalah. Tak apalah, kalau ayah dah tak ada nanti, rumah tu boleh bagi Fiya duduk dengan mama. Lagi senang kamu nak jenguk mama nanti.”

“Eh apa abah cakap macam tu ni.”

“Abah cakap aje. Ha, kamu dah ada tarikh nikah ke belum?” Abah melipat surat akhbar yang dibacanya tadi. Ingin lebih fokus berbincang tentang pernikahan along.

“Itulah abah, belum lagi. Peninglah along nak cari tarikh sesuai.”

“Kamu bincang lah elok-elok dengan Nur tu. Kamu dengan dia macam mana?”

Along membisu seketika mendengar persoalan abah. “Kitorang tak okay sikit abah.”

“Along, kamu lelaki, selesaikan masalah dengan bijaksana. Kamu nanti akan jadi pemimpin dan ketua keluarga. Jadi dari sekarang dah kena bijak selesaikan masalah. Abah percaya anak lelaki abah boleh hadapi ujian pertunangan ni.”

“InsyaAllah abah. Dahsyat juga ujian bertunang ni ya abah.”

“Ya along. Itu baru sikit, dah kahwin nanti lagi banyak ujian. Kamu kena berfikir jauh ke hadapan, kamu kena cepat-cepat cari solusi kalau ada masalah.

Ingat, jangan biar emosi kawal diri kamu tapi kamu kena kawal emosi.” Pesan abah kepada along yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai suami.

“InsyaAllah abah. Along ingat selalu pesan abah. Doakan along.”

“Selalu abah doakan anak-anak abah.” Abah melemparkan senyuman lebar kepada along. Bahu along ditepuk-tepuk.

 

…akan bersambung…