cerpen : manusia dan pilihan

Ikram Nazuddin / February 1, 2018, 05:02:29 am

Dalam hidup, sentiasa ada saat dimana kita harus memilih.sama ada berpegang pada tradisi atau menerima kemodenan. Melepaskan apa yang dimiiki untuk mendapat yang lain, atau melepaskan apa yang mendatang untuk terus berpegang pada yang telah ada. Pilihan itu lah yang berlegar legar di kotak fikiran Hakimi saat ini. Dia tidak tahu sama ada harus menerima atau menolak tawaran itu.

Beberapa hari lalu, selepas dia pulang dari kerja, ibunya mengkhabarkan bahawa persatuan bekas askar melayu menawarkan untuk membina sebuah rumah baru bagi keluarga mereka. mendengar berita itu, dia merasa gembira kerana rumah yang mereka duduki sekarang sudah agak uzur. Banyak bahagian yang reput dan dimakan anai anai. Tambahan pula, setiap kali hari raya Aidilfitri , rumah mereka agak sempit untuk memuatkan jumlah anggota keluarga yang semakin ramai. Mempunyai rumah kedua menyediakan ruang yang lebih selesa untuk adik beradik berkumpul.

Tetapi ada harga yang harus dibayar untuk memiliki rumah itu. Pokok buah buahan dan getah yang ada di tepi rumah mereka harus ditebang untuk tapak rumah. Hakimi merasa sedih kerana pohon pohon itu adalah tradisi keluarga. Sudah menjadi amalan sejak dua generasi lalu setiap kali pokok bacang dan ciku itu berbuah, hanya ciku kadangkala dijual, manakala bacang disedekahkan kepada sesiapa saja yang datang. Tambahan pula, pohon bacang sudah jarang ditemui pada masa kini. Jika pohon itu ditebang, tradisi keluarga akan hilang kerana mereka tidak sempat menyimpan benih. Manakala pohon getah itu sudah menjadi lokasi budak budak kampung bermain setiap kali musim getah berbuah.

tengahari itu, ketika dia termenung bertongkat dagu, kedengaran bunyi bising ekzos motorsikal. Dia tersenyum, sudah mengetahui siapa yang datang. “ assalamualakum”. Kedengaran seseorang melontar ucapan salam. Afeez , rakan baiknya dari kecil kelihatan mengintai sedikit. “ waalaikumsalam”. Dia menjawap salam sambil menjenguk keluar tingkap. “ apa yang kau menungkan tu? Nampak jauh benar. Teringat kat buah hati ke?” usik Afeez. “ buah hati apa nya. Buah getah ni ada la. Aku lastik kau dengan buah getah ni baru tahu, berbuah kat dahi. Nanti la aku cerita. Ada apa kau datang ni? Biasanya payah nak nampak batang hidung.” Balas hakimi. “hahaha, gurau saja la. Biasa la masing masing dah kerja. Aku nak ajak kau hantar rim motor aku ke kedai Yong. Dia nak tengok rim tu.” Kata Afeez. “ ooo, boleh saja, tapi kena tunggu ayah aku balik dulu, tak ada orang kat rumah ni.” Hakimi menyatakan persetujuan. Afeez hanya mengangguk.

Hari sudah beranjak petang, mereka berdua singgah sebentar di sebuah kedai makan selepas menghantar rim motorsikal, menikmati ABC sambil dihembus angin pantai Teluk Lipat. “ apa yang kau menungkan tadi? Nampak rungsing saja. Ada masalah ke?” Afeez menembak soalan, memecah suasana bisu antara mereka. “ tak ada lah masalah sangat . Cuma hal rumah saja.” Kata Hakimi ringkas. Kemudian dia mula bercerita perihal tawaran pembinaan rumah baru oleh persatuan bekas askar dan pohon buah buahan yang terpaksa ditebang jika tawaran itu diterima.

“ hahaha, itu saja ke? Aku ingat kau hilang kekasih sebab kekasih kau nak kawin dengan anak datuk. Rupa rupanya pasal rumah dengan pokok tiga empat batang.” Kata Afeez sambil ketawa lanjut. “ hahaha, apa la kau ni. Aku mana ada kekasih. Barang tak laku. Hahaha.” Balas Hakimi dalam nada bergurau. Tiba tiba Afeez mengeluar kan segenggam penuh syiling dari beg pinggangnya kemudian mengeluarkan pula beberapa not rm50 dari dompetnya. Hakimi terpaku melihat perlakuan sahabat baiknya. “ kau biar betul? Tak kan kau nak bayar bil makan dengan syiling? Not rm50 tiga empat keping tu untuk apa pula?” dia bertanya dengan pandangan curiga.

“ cuba kau genggam semua syiling tu.” Pinta Afeez. Hakimi hanya mengangguk sambil tangannya cuba menggenggam timbunan kecil syiling. Dia gagal menggenggam semua syiling itu. Beberapa kali dia mencuba, namun pasti ada syiling yang terjatuh tiap kali dia mencuba. Afeez hanya tersenyum melihat kerutan diwajah rakan nya. “ cuba kau genggam  not rm50 itu pula tanpa melepaskan syiling” pinta Afeez sekali lagi. Hakimi cuba melakukan seperti dipinta. Namun, sekali lagi dia gagal. Dia hanya mampu menyepit sedikit sekeping not rm50 dengan hujung jarinya. Senyum sinis tersungging di bibirnya. dia memandang Afeez dengan raut wajah tidak puas hati, seakan meminta penjelasan.

Afeez tersenyum, seakan memahami. Namun tiada penjelasan yang diberi. Sebaliknya dia melontar permintaan baru. “sekarang lepaskan sebahagian syiling, kemudian cuba genggam not rm50 tu sekali lagi”. Kali ini, Hakimi berjaya menggenggam semua not rm50. Dia tersenyum, seakan berbangga dengan kejayaan kecilnya. “ yang terakhir,sekarang lepaskan semua syiling, cuba genggam semua not rm50 itu” kata Afeez. Hakimi hanya tersenyum, seolah yakin dia mampu melakukannya. Namun begitu, dia gagal melakukannya. Angin tiba tiba bertiup, menerbangkan semua not rm50 ke bawah meja sebelah. Afeez lekas bangkit mengutip kembali wang yang jatuh.

“ ok, cuba kau jelaskan relevan semua yang aku lakukan tadi. Kau nak permainkan aku? Atau ada sesuatu ?” Hakimi melontar soalan sebaik sahaja Afeez kembali melabuhkan punggung nya ke kerusi. “ setiap sesuatu pasti ada yang tersirat disebaliknya. Kau tidak melihat makna disebalik permintaan aku tadi?” tanya Afeez kembali. “ aku merasakan ada sesuatu tetapi tidak pasti apa. Seolah melihat bayangan tetapi tidak tahu bayangan apakah itu.” Jawap Hakimi.

“ kita sebagai manusia , perlu sentiasa membuat pilihan. Kita tidak boleh memiliki semuanya. Untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, kadang kala kita harus memilih untuk melepaskan sebahagian daripada apa yang telah kita miliki. Untuk mendapat yang terbaik, kita harus melepaskan semua yang kita telah ada. Seperti mana ketika kau cuba menggenggam semua syiling, kau tidak boleh melakukan nya. Pasti ada sedikit yang terjatuh. Kemudian kau cuba menggenggam not rm50, kau tidak boleh melakukannya kecuali selepas kau memilih untuk melepaskan sebahagian daripada syiling.

Selepas kau melepaskan semua syiling, barulah kau merasa yakin untuk mendapatkan semua not rm50.” Terang Afeez sambil tersenyum. Hakimi menganguk perlahan kemudian berkata, “ tetapi aku gagal mendapatkan semua not itu.” “ itu kerana, kadang kala kita merasa sangat yakin akan mendapat apa yang kita mahukan, tetapi takdir Allah SWT menyatakan ia terlepas dari milikan kita. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan berusaha. Tetapi penentuannya  tetap di tangan Allah SWT. Mungkin kita merasa telah membuat pilihan yang tepat, melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, tetapi gagal mendapatkan nya, kerana Allah SWT ingin mengurniakan yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.” Kata Afeez.

“ hmm, benar kata kau. Tapi apa pula kaitan nya dengan situasi aku sekarang?” Hakimi bertanya lagi. Ternyata dia masih belum dapat mencerna apa yang Afeez cuba sampaikan. Afeez mengeluh sedikit, kemudian menyambung penerangan nya. “ situasi kau sekarang sama seperti permintaan ku tadi. Kau harus lepaskan sebahagian syiling untuk mendapatkan not rm50. Seperti situasi kau sekarang, aku merasa kan kau harus lepaskan saja sebahagian pohon buah buahan itu untuk mendapat rumah kedua. Itu lebih baik untuk keluarga kau. Pohon pohon itu mungkin sebahagian daripada kenangan dan tradisi keluarga kau, tetapi Allah SWT telah mentakdirkan kau harus memilih untuk melepaskan nya kerana Dia ingin mengurniakan sesuatu yang lebih baik, iaitu ruang yang lebih selesa untuk keluarga kau berkumpul. Pohon pohon itu ibarat syiling, rumah itu seperti not rm50.”

Hakimi kelihatan mengangguk beberapa kali. Barangkali dia sudah mulai faham. “ terima kasih atas nasihat itu sahabat.” Kata Hakimi sambil mengangkat ibu jari. “ sama sama. Aku hanya berkongsi pendapat. Lagi pula, itu hanya soal kecil, pilihan yang mudah. Jika kita gagal membuat pilihan mudah seperti ini, bagaimana kita ingin memilih dalam soal paling utama?” soal Afeez. Dahi Hakimi kelihatan berkerut sedikit. “ maksudnya?” dia tidak mengerti.

“ kita sering sukar membuat pilihan pilihan mudah dalam hidup. Lalu bagaimana pula kita ingin membuat pilihan utama, antara dunia dan akhirat? Sedangkan dunia itu sangat kecil nilainya dibanding nikmat akhirat iaitu syurga. Ibarat syiling satu sen dan timbunan not rm100.” Kata Afeez sambil bangkit menuju kaunter untuk membayar bil makanan mereka. Hakimi pula termangu di meja memikirkan kata kata Afeez. Sememangnya dia tidak pernah memikirkan soal itu.