Aku dan Sabar

Ikram Nazuddin / January 18, 2018, 12:01:21 pm

 

 

“ bang? Burger daging 6, burger ayam 3. Burger daging tu 1 tak nak sayur, sos cili dengan mayonis je. Yang ayam tu 2 sayur lebih.” Seorang perempuan bersuara. Ahh, salah seorang pelanggan tetap ku. “ ok, tapi lambat sikit la. Bil orang lain banyak lagi ni” balas ku sambil jari telunjuk menunding kearah susunan daging di atas dapur . “ ok bang, sejam lagi saya datang balik.” Kata nya lagi sambil berlalu pergi. Aku tersenyum sendiri sambal menyambung rutin yang sama semenjak dua tahun lepas.

Ada yang berkata bekerja di kedai makan mengajar kita erti sabar. Tapi tidak bagi aku. Berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia sememangnya sangat menguji kesabaran.kerap kali aku berkerut dahi menahan rasa marah dalam hati. Entah beberapa kali juga rasa marah itu meledak. Tembok sabar senipis kulit bawang , serapuh kerepek kentang kadang kala pecah juga.

Ketika aku sedang menyusun roti di atas dapur, kelihatan hampir 10 buah motorsikal dan beberapa kereta bergerak memasuki perkarangan kedai dari arah balai raya. “ahh, puak puak ni lagi. Baru habis mesyuarat la tu. Sakit jiwa pulak la malam ni.” Aku bermonolog sendiri. Ketika mereka mula mengambil tempat di meja, aku memandang kearah rakan sekerja. Aku hanya tersenyum kelat ketika dia memandang ku dengan muka masam. Dia mula mengambil pen dan kertas.

Sesaat kemudian, suara kasar kedengaran. “ order, order. Mana tukang order ni? Nak kerja ke tak?bodoh” suara itu kedengaran cukup menyakitkan hati. Lebih pedih ia keluar dari mulut individu yang setiap hari solat berjemaah di masjid. Rakan ku menapak turun dengan muka masam . “ order?” dia bertanya ringkas. Masih lembut nada suara nya. Masih cuba bersabar barangkali. “ mu buat apa kat atas tu? Tidur? Seorang lagi lelaki tua bersuara menengking. Sambil membungkus burger benjo, aku tersenyum sinis. Kopiah berlilit serban masih ada diatas kepala. Boleh dikata kan di kalangan Jemaah, kopiah nya paling tinggi. Sambil menyerahkan pesanan pelanggan, otak ku memutarkan memori. Ya, beberapa hari lalu dia memberi ceramah selingan selepas magrib tentang sifat sabar. Ironik, orang yang mengajar tidak menunjuk kan contoh apa yang diajar.

Ketika aku sedang ligat menyusun daging untuk tempahan pelanggan tetap ku tadi,ekor mata ku menangkap kelibat rakan sekerja ku bergerak merapati. “ burger daging satu, mayonis saja, tak nak sayur, makan sini, meja tengah.” Dia memesan .  aku  sudah dapat mengagak pemilik pesanan itu. Hanya dia biasa memesan begitu. Aku hanya mengangguk tanda menerima pesanan. Kemudian telinga ku menangkap suara lelaki memesan . “ burger daging 3, benjo 1, bungkus. Masuk kan sekali dalam bil mesyuarat. Siap nanti tinggal je atas meja. Nanti pakcik ambil.” Kata nya. seorang lagi pelanggan tetap. Setiap kali ada mesyuarat, dia memesan burger yang sama. Ayat nya juga sama. “ masuk kan dalam bil mesyuarat.” Makan percuma la jawap nya. “ lambat sikit, ada sikit lagi bil orang lain.” Kata ku. “ jangan lambat sangat, nak balik pulak ni.” Dia membalas. Aku hanya mengangguk.

“ burger saya dah siap bang?” aku tersentak dengan pertanyaan tiba tiba itu. Rupa rupanya perempuan tadi telah kembali untuk mengambil pesanan nya. “ sedkit lagi, kejap ye.” Kata ku sambil mempercepat kan rentak kerja. “ kak? Dah siap. Bayar kat atas ya.” Aku memanggil sambil menghulur bungkusan burger. Tangan ku baru sahaja ingin mencapai daging untuk order seterus nya, telinga ku menangkap ledakan suara kasar.

“mana burger aku nya? Selalu lambat. Buat burger ke tidur? Buat keje macam mana aku tak tahu lah kamu ni.” Ahh, si tua kopiah tinggi itu lagi. Pelanggan lain mula memandang kearah ku. Aku hanya berlagak selamba walaupun urat tangan mula timbul kerana menahan marah. Kesabaran ku bukan lagi senipis kulit bawang, tetapi kulit bawang dibelah tujuh. Bila bila masa boleh rabak. Kelihatan rakan sekerja ku tadi mendekati ku. “kau dah buat ke belum burger dia?” dia bertanya. “ nak buat la ni. Dia datang semasa order tengah banyak. Lambat la sikit.yang order dulu dapat dulu.” Aku membalas dalam nada geram. rakan ku hanya diam sambil melihat aku membalik balik daging di atas dapur.

“ tak siap lagi ke? Batal kan saja order tadi. Ambil yang dah siap saja. lambat.” Sekali lagi dia melaung kasar. Ini sudah lebih. “ kamu beritahu dia kalau order nak terus siap baik jangan order. Bukan dia seorang yang order. Ramai lagi. Dah siap aku hantar. Kopiah atas kepala buat hiasan. Cakap kurang ajar.”aku bersuara kepada rakan ku kuat .sekali lagi aku gagal untuk bersabar menahan amarah. Cukup kuat untuk didengari orang sekeliling. Kedengaran pemuda kampung di belakangku bersuara. “ marah nya dia” . sememang nya aku marah kerana ini bukan kali pertama berlaku. 2 tahun aku bekerja di sini, sudah berkali kali dia berperangai begitu. Setiap kali dia datang, pesanan nya perlu sampai secepat yang boleh tanpa mengira situasi. Dia tidak peduli pelanggan ramai, atau bil pesanan masih berderet di dapur. Kerap juga ayat sumpah seranah keluar dari mulut nya jika pelayan lambat mengambil pesanan walau pun dia baru keluar dari masjid selepas solat.

Kerap kali berhadapan situasi begitu membuat aku terfikir, adakah dia tidak diajar untuk bersabar menunggu? Padahal 2 atau 3 minit bukan lah satu jangka masa yang lama. Jika dia sebagai warga tua yang setiap hari berjemaah di masjid gagal untuk bersabar untuk beberapa minit, bagaimana pula anak muda seperti ku ingin belajar bersabar melayan pelbagai kerenah manusia?

Kesabaran ku juga kerap teruji ketika mengambil pesanan pelanggan yang datang dalam jumlah ramai. Ketika aku bertanya semua nya memesan serentak. agak sukar untuk aku mencatat pesanan dengan masing masing bersuara seperti sekumpulan gagak di atas wayar eletrik. Apabila ku cuba membaca pesanan , aku di panggil pekak pula. Apabila pesanan yang tiba berbeza dari yang diminta, aku dipanggil bodoh . ada ketika aku temui pelanggan yang terlalu leka dengan gajet masing masing. Aku terpaksa bertanya 5 hingga 6 kali sebelum mereka mendengar. Kerap kali juga aku terpaksa meninggi suara agar kewujudan ku disedari. Jawapan pertama yang ku dengar biasanya “ hah? Nak ambil order ya? Ok ok.” kebanyakan masa nya aku hanya diam walaupun riak marah itu terpancar di wajah, menenggelamkan sifat mesra yang sepatut nya aku tunjukkan. Adakalanya majikan ku sendiri menjadi mangsa bebelan ku. Jawapan nya hanya satu. “ sabarla, biasa la tu pelanggan.” Katanya cuba menenangkan keadaan.

Aku akui sifat sabar itu bukanlah sifat ku. Walaupun aku cuba belajar bersabar selama hampir 8 tahun bekerja di beberapa kedai makan berbeza, hakikat nya sikap masyarakat itu sendiri menghalang jiwaku mengenal apa itu sabar. Kerana itu aku dan sabar tidak pernah sehaluan . bekerja di kedai makan hanya mengajar aku mengenal sikap masyarakat yang mementingan diri, tidak tahu bagaimana untuk bersabar walau diri mengajar perihal sabar ketika kuliah magrib. Sabar itu sebahagian dari iman, dan masyarakat telah hilang sebahagian iman itu termasuk aku.