2 CARA UNTUK KEKALKAN POSITIF ANDA !

Fadli Othman / March 13, 2018, 14:03:50 pm

Setiap insan di atas muka bumi pasti mengharungi ujian. Ujian yang diberi oleh Allah adalah satu ketukan untuk kesedaran atas diri yang sering alpa dengan tanggungjawab dan amanah dari Allah. Perasan atau tidak, setiap kali kita dihujani ujian pasti langkah kita akan perlahan sebentar. Kita seolah-olah sedang mencari tapak lama yang dahulu memacu laju kita.

Tetapi, apa guna melihat kebelakang ? Usah toleh apa yang telah berlaku. Kita punyai matlamat dihadapan untuk ditujui. Sedar akan setiap ujian pasti ada kemanisan, setiap kemanisan pasti akan ada kepayahan dan di hujung kepayahan akan tersedia kejayaan.  Apa yang penting redha Ilahi itu yangdi nanti.

Insan yang tiada masalah itu bermasalah. Rasulullah S.A.W insan yang maksum pun menghadapi ujian dengan jerih perih meredah bersama sama sahabat sehingga dunia dapat dilimpahi dengan Islam. Segalanya Rasulullah S.A.W dan sahabat lakukan kerana Allah.

Maka apakah indikator untuk kita kekalkan Positif bermula awalan hari hingga akhir hari kita ? Kerana aura positif insan insan yang hebat dapat membina diri dan memberi khidmat kepada orang lain.Benar, hanya dengan sifat positif kita mampu menyumbang perkara yang bermanfaat. Tanpa aura ini pasti seseorang itu akan berputus dengan rahmat Allah.

Langkah Pertama : Niat

Acap kali kita dengar mengenai niat. Setiap kali kita pergi mendengar kuliah, ceramah atau motivasi pasti di ulang ulang.

“Sesungguhnya amal perbuatan itu dinilai berdasarkan niat dan seseorang itu mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan “ [riwayat Bukhari & Muslim]

Niat adalah satu lintasan hati. Setiap niat yang terlintas pasti akan dinilai oleh Allah. Orang sekeliling tidak mampu mentafsir dan mengetahui. Maka ini adalah antara dia dengan Allah.

Niat yang baik akan menggerakkan diri ke arah kebaikan. Orang tua kata dari mata turun ke hati. Tetapi bagi kekalkan Positif, dari hati diturunkan kepada anggota badan. Di sinilah peranan akal dapat dizahirkan dengan pancaindera.

Kata Ibn Al-Mubarak (wafat 181 H )

“Boleh jadi amalan yang kecil itu menjadi besar kerana niat yang baik dan boleh jadi amalan yang besar itu menjadi kecil kerana niat yang salah”

Maka, jika ingin kekalkan Positif. Perbaharuilah niat. Bismillah jalan sahaja !

Langkah Kedua : Biar Sedikit Asalkan berterusan.

Aisyah radhiallahu ‘anha, Rasulullah S.A.W bersabda,

“ Lakukanlah amalan amalan sekadar yang kalian mampu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sehingga kalianlah yang akan bosan. Sesungguhnya amalan yang disukai Allah ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit “ [riwayat Al Bukhari & Muslim]

Tidak dinafikan, banyak perancangan kita untuk kekal Positif. Cuba kita senaraikan sekarang. Apakah perkara yang hendak kita lakukan agar diri kita terus kekal Positif.

Sila tulis. Paling kurang Minima 5 perkara positif yang anda ingin lakukan. Daripada 5 perkara tadi pilih 3 perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Setelah itu daripada 3 perkara tadi pilih satu sahaja yang kecil dan paling mudah hendak dilakukan.

Lakukanlah sekecil kecil perkara Positif. Tidak perlu fikir yang susah susah. Jika anda berharta sedekahlah walaupun sedikit, jika anda mempunyai ilmu berilah walaupun kecil. Jangan rasa rendah diri.  Inilah yang dinamakan sebagai khidmat atau amal. Untuk dapat jiwa jiwa positif beramallah dengan  perkara positif walaupun kecil. Tidak perlu fikirkan yang besar besar.

Apa yang penting niat dan berazam kemudian lakukanlah dengan berterusan walaupun kecil.